PANDUAN PERMOHONAN KERJA MELALUI ONLINE DALAM SEKTOR KERAJAAN SPAi8 - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Selasa, 28 Ogos 2018

PANDUAN PERMOHONAN KERJA MELALUI ONLINE DALAM SEKTOR KERAJAAN SPAi8

Panduan permohonan kerja melalui online dalam sektor kerajaan melalui portal SPA.permohonan dan pendaftaran ini adalah dibuka sepanjang masa. Dalam zaman era teknologi Maklumat ini dan seiring pembangunan yang pesat dalam bidang IT, orang ramai yang ingin membuat permohonan kerja semuaun boleh dibuat di hujung jari.

www.spa.gov.my diwujudkan bagi tujuan untuk memudahkan orang ramai yang berkelayakan membuat permohonan & pendaftaran pekerjaan di dalam sektor Awam.


Ramai yang tahu, salah satu pekerjaan yang tetap dan menjamin masa depan adalah bekerja dalam sektor awam, dengan imbuhan dan insentif yang menarik seperti kenaikan gaji setiap tahun, kenaikan pangkat, pencen, senang mendapat pinjaman bank, elaun dan banyak lagi. dan ini telah menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk membuat permohonan. Tetapi kepada mereka yang tidak tahu  cara untuk memohon SPA anda akan diberikan bimbingan.

Sebelum membuat permohonan anda perlulah pendaftaran dalam sistem SPA. sila masuk ke portal SPA www.spa.gov.my. dan paparan seperti dibawah akan dilihat oleh anda, seterusnya anda perlu click -"pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan Awam (SPAi8)"


Langkah 1 - Pendaftaran baru SPA



anda boleh memilih salah untuk membuat pendaftaran, sama ada server 1 atau server 2. dan apabila anda click antara satunya. ikon seperti akan anda lihat. dan anda perlu click "DAFTAR MYKID BARU"


 Sila baca ini. sebelum langkah seterusnya
Paparan seterusnya akan muncul setelah anda menekan click tadi. dan sila masukan butiran dan lengkapkan. setelah itu masukan kod keselamatan mengikut huruf atau nombor tertera. setelah itu, click "daftar masuk".

Masukan No. Kad pengenalan anda dan juga kata laluan yang anda isikan dalam borang "online" pendaftaran tadi. Dan click "Log Masuk" 

PERMOHONAN JAWATAN DALAM SPA

Sekarang untuk permohonan Jawatan dalam Sistem SPA, tetapi sebelum itu, anda perlu lengkapkan butiran anda dalam borang 'Online" seperti dibawah.
Anda perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*). Untuk makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian. Click butang SIMPAN setelah semua maklumat disimpan.

Click pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: dan lengkapkan.
Click pada pautan Sukan / Persatuan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan dan lengkapkan.
Click pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Pengalaman Bekerja di Sektor Awam” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
Sila tekan simpan setelah semua maklumat yang diperlukan telah dimasukan. dan juga jika anda mempunyai maklumat tambahan, sila click pada "maklumat tambahan" dan lengkapkan.

Untuk jawatan yang ingin dipohon

Click pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-menu “Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti berikut akan dipaparkan dan lengkapkan:
Pengakuan Pemohon

Click pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan dan ini adalah langkah terakhir.

Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

Slip Akuan Pendaftaran seperti rajah di bawah akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.

Semoga langkah-langkah ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Lihat juga: