PENDAFTARAN HAJI MENGGUNAKAN CARUMAN KWSP - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 15 Ogos 2018

PENDAFTARAN HAJI MENGGUNAKAN CARUMAN KWSP

Pendaftaran Haji menggunakan caruman KWSP anda. Bagi mereka yang merancang untuk mendaftar dengan tabung Haji, anda boleh menggunakan Simpanan/caruman KWSP Akaun 1 anda sendiri.


Salah satu Inisiatif pendaftaran Haji Ahli KWSP  membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan/caruman KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Perhatian: Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP

Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.(sila rujuk di pejabat KWSP yang terhampir dengan anda)

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Pelaksanaan

Bagi Ahli KWSP yang ingin mendaftar Haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP boleh ke cawangan Lembaga Tabung Haji (LTH) yang berhampiran, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa Mykad dan penyata Ahli KWSP. Pendaftaran Haji adalah mengikut prosedur semasa LTH

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui emel.


Lihat juga: Permohonan Online bagi bantuan Zakat pelajar IPT(MAIDAM)

Dapatkan info daripada sumbermalaysia.com

Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:

a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my