SYARAT KELAYAKAN MASUK JPJ BAGI LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Selasa, 7 Ogos 2018

SYARAT KELAYAKAN MASUK JPJ BAGI LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Syarat kelayakan masuk jabatan pengangkutan jalan Malaysia (JPJ) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Syarat adalah tertakluk dengan terma dan syarat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)




Kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai JPJ dan berkhidmat kepada Negara dan masyarakat, sudah semestinya anda ingin tahu apakah syarat-syarat yang diwajibkan untuk menjadi seorang pegawai JPJ.


Untuk Informasi anda: bagi permohonan kemasukan untuk menjadi pegawai JPJ anda haruslah membuat permohonan melalui SPA

lihat juga: cara-cara dan panduan untuk membuat permohonan online SPA8i

Syarat Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 JPJ

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00).

3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00).

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40).

5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

6. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

● Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
● Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
● Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
● Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
● Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
● Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
● Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.



Tugas-tugas Pembantu Penguatkuasa KP19 seperti di bawah :

Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Penguatkuasa KP19 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

dapat informasi daripada sumbermalaysia.com