PANDUAN MENGAKTIFKAN I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 18 Februari 2019

PANDUAN MENGAKTIFKAN I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE

Panduan mengaktifkan i-Akaun KWSP secara Online, sebagai seorang ahli yang mencarum KWSP anda boleh mengaiktifkan i-akaun KWSP anda.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau dikenali sebagai KWSP/EPF telah membangunkan i-Akuan (sistem atas talian/Online). Jika dulu untuk membuat sebarang transaksi bagi mengeluarkan caruman KWSP/EPF separti pendidikan, rumah dan lain-lain, kita harus berurusan di cawangan KWSP/EPF yang terdekat dengan kita. Sekarang melalui i-Akuan KWSP semua ini telah menjadi mudah dan cepat.

CARA MENGAKTIFKAN i-Akaun

Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP. Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan sementara yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.

BACA JUGA:Syarat kemasukan kerja kerajaan (POLIS) 

LANGKAH 1- Layari - http://www.kwsp.gov.my

Pilih Login ke i-Akaun Ahli


LANGKAH 2- Isikan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Seterusnya.


LANGKAH 3- Isikan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS dan klik Login.


LANGKAH 4- Pilih Setuju dan klik Seterusnya


LANGKAH 5-

1) No. ID Ahli Sementara yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna. (ID Pengguna boleh dipinda hanya semasa proses pengaktifan sahaja)
2) ID Pengguna yang dipinda perlu mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, 8 - 16 aksara.

LANGKAH 6 - Cipta Kata Laluan baru dan sahkan(8 -20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)

LANGKAH 7 - Pilih Imej Online

LANGKAH 8 - Isikan Frasa Rahsia (Mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, maksimum 10 aksara) dan klik Seterusnya


LANGKAH 9 - Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan Ahli boleh terus login untuk menggunakan iAkaun 


Diharapkan panduan ini dapat membantu anda, selamat mencuba.