SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN IMIGRESEN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Ahad, 5 Ogos 2018

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN IMIGRESEN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Syarat kelayakan kemasukan Imigresen Malaysia bagi lepasan SPM adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


kepada anda yang mempunyai kelulusan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, dan berminat untuk menjadi seorang pegawai imigresen yang berkhidmat kepada Negara dan juga Masyarakat. anda sudah semestinya tertanya-tanya bagaimana untuk memohon pekerjaan ini, dan juga apakah syarat-syarat yang wajib untuk anda penuhi sebelum membuat permohonan kemasukan.

untuk Informasi anda, bagi yang ingin membuat permohonan kemasukan anda perlu membuat permohonan melalui SPA.

Lihat JugaCara-cara dan panduan untuk membuat permohonan SPAi8

Pegawai Imigresen Gred KP19

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) warganegara Malaysia;

2) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

-(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

-(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

-(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

4) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c)mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
e)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

5) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Dapatkan informasi terkini dari sumbermalaysia.com