SYARAT KEMASUKAN POLIS KONSTEBEL BAGI LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 28 Januari 2019

SYARAT KEMASUKAN POLIS KONSTEBEL BAGI LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Syarat kemasukan polis Konstabel Gred YA1, bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ingin dimaklumkan syarat-syarat adalah ditetapkan oleh suruhanjaya perkhidmatan Awam (SPA)


Kepada anda yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan bercita-cita untuk menjadi seorang Polis dan berkhidmat untuk menjaga keamanan Negara, anda adalah diperlawa untuk membuat permohonan melalui SPAi8.

Permohonan polis melalui SPAi8 boleh dibuat disini > SPAi8

Dan sudah semestinya, sebelum anda membuat permohonan anda perlu tahu syarat-syarat kelayakan yang perlu untuk melayakan anda mendapat jawatan ini.

SYARAT LANTIKAN

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel  yang dikeluarkan melalui: Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013;

dan

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.

Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.

  • Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
  • Kelayakan Akademik:
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1]; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JADUAL GAJI :
GAJI MINIMUM
RM 1,014.00

GAJI MAKSIMUM
RM 3,517.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 100.00

KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)
dapatkan info sumbermalaysia.com