Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA dari IPTA/IPTS di Malaysia - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Sabtu, 24 Februari 2018

Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA dari IPTA/IPTS di Malaysia

Cara-cara untuk semakan pengiktirafan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh IPT awam atau IPT swasta. Sehingga hari ini ramai pelajar-pelajar telah tertipu dengan tipu daya dari institut pengajian tinggi tidak mendapat pengiktirafan sijil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi/Agensi Kelayakan Malaysia. dan dengan ini jika anda telah tamat pembelajaran, kemungkinan anda tidak akan dapat mengunakan Sijil tersebut untuk mencari pekerjaan atau ingin memohon pekerjaan di sektor AWAM. ini adalah satu info yang penting bagi semua...



MQA adalah dikenali sebagai agensi kelayakan Malaysia - sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap IPT mahu pun awam atau swasta harus mengikut garis panduan daripada kementerian pendidikan tinggi bagi Sijil-Sijil akademik mereka yang dikeluarkan adalah mendapat pengiktifan olehnya. sekarang semua sudah ONLINE dihujung jari pun kita boleh memeriksa sama ada Sijil tersebut diiktiraf atau tidak.

selain daripada itu, KPT juga telah memperkenalkan sistem pengiktirafan kelayakan KPT atau dikenali sebagai eSisraf. Ini adalah bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang ingin mengunakan Sijil yang dikeluarkan oleh IPT samaada boleh digunapakai untuk memohon SPA ( Pekerjaan dalam sektor awam). ini adalah info yang amat penting kepada anda, dan anda seharusnya pandai menilai mana-mana info yang berguna. seperti kata pepatah dulu-dulu
"sediakan Payung, Sebelum Hujan". pada zaman yang serba moden ini, semua infomasi yang berguna boleh dicari atau dicapai melalui hujung jari anda.

INFO untuk ANDA.

1) jika anda ini melihat pengiktirafan sijil-sijil institut pengajian tinggi sila klik ini. http://www2.mqa.gov.my/mqr/

2)jika anda ingin melihat samaada sijil-sijil dari institut pengajian tinggi boleh diguna pakai untuk masuk kerja KERAJAAN sila klik ini. https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php


sehingga hari ini, pihak kementerian pendidikan Malaysia akan mengemas kini sistem-sistem yang boleh diguna pakai dan mudah difahami untuk membantu anda daripada memasuki IPT-IPT yang belum mendapat pengiktifan daripada MQA. ini sebenarnya dapat mengurusang kes-kes tipu yang telah banyak berlaku dinegara kita ini. dan selaras usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak muda kita, ini perlu di tekankan lagi.

anda juga boleh mendapatkan infomasi ini di karnival-karnival pendidikan yang dianjurkan oleh KERAJAAN/KPT seperti " jom masuk U" ,"karnival Pendidikan Mara" dan banyak lagi. dimana pada masa kervinal pendidikan itu, anda berpeluang sendiri melihat IPT awam dan IPT swasta menawarkan kos pengajian yang anda minati dan juga anda ingini. dan pada masa itu, anda tidak perlu merasa was-was untuk memasuki IPT tersebut, sebab kesemua IPt tersebut mempunyai sijil-sijil yang diiktiraf kerajaan MALAYSIA.

Antara Aspirasi oleh anak-anak muda kita didalam TN50 adalah pendidikan, kita mampu melihat dimana, pendidikan adalah satu isu yang amat penting untuk membangunkan negara kita selaras usaha kerajaan untuk menjadikan MALAYSIA sebagai sebuah negara yang menduduki dalam tangga ke-20 dunia. melalui anak-anak muda kita ini, usaha ini sebenarnya adalah satu realiti yang patut kita banggakan.

bagi umum, Portal ini adalah untuk membantu anda memberikan infomasi-informasiyang baik untuk anda semua. anda juga disarankan untuk melihat kebenaran untuk membantu meluaskan pengetahuan anda semua.