SUKAN KOMANWEL 2018 DI GOLD COAST, AUSTRALIA - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 16 April 2018

SUKAN KOMANWEL 2018 DI GOLD COAST, AUSTRALIA

Pada tahun 2018, menyaksikan Australia menjadi tuan rumah. Umumnya sukan komanwel ini dikenali sebagai GOLD COAST 2018.



Sukan Komanwel
ini adalah acara beraneka sukan antarabangsa dan disertai oleh ahli daripada  negara-negara komanwel. Pada tahun 2018, sebanyak 71 negara telah menyertai Sukan bertaraf antarabangsa ini, dan negara yang menduduki di tangga yang pertama dalam "ranking" sukan komanwel 2018 adalah Australia dengan pungutan pingat 198 (80 Emas, Perak 59 dan Gangsa 59).



Tempat kedua dalam "ranking" adalah England dengan pungutan pingat 136 (45 Emas, 45 perak dan 46 Gangsa) dan tempat ketiga adalah negara Canada dengan pungutan pingat 82 (15 Emas, 20 Perak 47 Gangsa). Manakala, Malaysia berada di tangga ke-11 dengan pungutan pingat 24 (7 Emas, 5 Perak dan 12 Gangsa).

Saksikan jadual FIFA 2018 RUSSIA - kejohanan bola sepak piala Dunia 2018

TEMPAT SUKAN INI DIADAKAN

-Stadium Carrara - Olahraga, Upacara pembukaan, Upacara penutupan

-Stadium Robina - Ragbi tujuh sebelah

-Pusat Akuatik Gold Coast - Renang, Terjun

-Pusat Riadah dan Sukan Coomera - Gimnastik, Bola jaring (akhir)

-Pusat Konvensyen dan Pameran Gold Coast - Bola keranjang (akhir), Bola jaring (awal)

-Pusat Hoki Gold Coast - Hoki

-Pusat Riadah dan Sukan Gold Coast - Badminton, Angkat berat, Angkat kuasa, Gusti

-Studio Oxenford - Tinju, Ping pong, Skuasy

-Kelab Boling Padang Broodbeach - Boling padang

-Stadium tertutup Carrara - Angkat berat

-Southport Broadwater Parklands - Maraton, Lumba jalan kaki, Triatlon

-Elanora/Lembah Currumbin - Lumba basikal jalan

-Taman Negara Nerang - Lumba basikal bukit

-Taman Ratu Elizabeth - Bola tampar pantai

-Pusat Konvensyen Cairns - Bola keranjang (awal)

-Pusat Hiburan dan Konvensyen Townsville - Bola keranjang (awal)

-Velodrom Anna Meares - Lumba basikal balapan

-Belmont, Queensland - Menembak