CARA-CARA "RENEW" INSURANS KERETA ANDA TERKINI DI MALAYSIA - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Khamis, 16 Ogos 2018

CARA-CARA "RENEW" INSURANS KERETA ANDA TERKINI DI MALAYSIA

Cara-cara memperbaharui/renew Insurans kereta anda terkini di Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai kereta, anda harus membeli insurans kereta anda setahun sekali dan ini amat penting juga bagi memperbaharui cukai jalan/roadtax kereta anda.(anda boleh semak harga Cukai jalan/Roadtax di sini )


Bagi mereka yang akan memperbaharui Insurans kereta buat kali yang pertama, anda mungkin perlu mendapat panduan yang khusus bagi memudahkan anda berurusan.  dan anda mempunyai dua pilihan untuk memperbaharui insurans kereta – anda boleh memperbaharuinya sendiri, ataupun dengan bantuan ejen insurans.

Dengan menggunakan ejen insurans, anda perlu memberikan semua maklumat yang diperlukan (seperti casis kereta dan nombor enjin), dan membuat bayaran. Ejen akan mengendalikan semua proses pembaharuan insurans kereta anda. Kos bayaran akan ditentukan oleh nilai semasa kereta anda, dan jenis perlindungan yang dipilih. Kebiasaanya, ejen insurans akan turut memperbaharui cukai jalan kereta anda. Tetapi, langkah menggunakan ejen insurans akan mendatangkan kos lebih tinggi kerana ejen insurans akan mengenakan caj perkhidmatan.

Jika anda berurusan terus dengan syarikat insurans untuk memperbaharui insurans kereta, anda akan menikmati diskaun sehingga 10%. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil:


  1. Tentukan nilai semasa kereta (boleh rujuk di laman web MyCarInfo ) dan periksa peratus No Claim Discount (NCD) yang layak untuk anda. Anda kemudian boleh dapatkan anggaran kasar kos insurans untuk kereta tersebut. Namun, ingat bahawa penilaian ini hanya sekadar panduan. Nilai sebenar kereta mungkin berbeza bergantung kepada keadaan kereta.
  2. Sediakan dokumen yang diperlukan, seperti nota lindungan insurans, polisi insurans sedia ada, dan geran kereta.
  3. Pergi ke mana-mana syarikat insurans dan dapatkan sebut harga untuk insurans kereta. Sekiranya anda berpuas hati, buat bayaran pendahuluan. Polisi insurans akan dihantar dalam tempoh sehari, dan salinan asal dihantar melalui email atau pos.
  4. Setelah anda selesai memperbaharui insurans kereta anda, anda perlu perbaharui cukai jalan. Ia boleh dilakukan melalui MyEG, di cawangan JPJ, atau Pejabat Pos.

Anda juga boleh memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan melalui MyEG.  Telefon 03 7801 8888 dan anda akan dibantu oleh operator. Anda perlu sediakan maklumat berikut:



  • Nombor pendaftaran kenderaan & IC
  • Jenis kenderaan
  • CC – kapasiti enjin
  • Tahun pengeluaran
  • Jumlah insurans
  • Cermin depan (tidak wajib)
Anda kemudian akan menerima email menyatakan jumlah yang perlu dibayar untuk insurans dan cukai jalan. Jika anda berpuas hati dengan jumlah tersebut, klik “Proceed to Pay”. Insurans anda akan diperbaharui, dan cukai jalan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 1 hari bekerja. Anda juga boleh pergi ke laman web MyEG, tetapi, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Apa yang Perlu Anda Tahu Mengenai Proses Pembaharuan Insurans Kereta
Terlebih atau Terkurang Perlindungan Insurans
Jika anda membeli insurans kereta yang memberikan perlindungan kurang dari nilai pasaran semasa kereta anda, sekiranya berlaku kemalangan anda perlu bayar sendiri untuk baki perbezaan. Jadi, anda hanya boleh menuntut sebahagian sahaja, iaitu sehingga jumlah perlindungan yang diberikan oleh polisi insurans yang anda bayar.

Sebaliknya, boleh terjadi dimana anda membeli insurans lebih dari nilai pasaran semasa kereta anda. Namun, jumlah maksima yang boleh anda tuntut jika berlaku kemalangan ialah berdasarkan nilai pasaran semasa kereta tersebut, bukannya berdasarkan apa yang anda bayar. Ini untuk mengelak pemilik kereta daripada mendapat keuntungan dari tuntutan insurans kereta mereka.

Jadi, bagaimana untuk memastikan anda tidak terlebih atau terkurang perlindungan insurans? Anda perlu tahu nilai pasaran semasa kereta anda. Bagaimana? Rujuk dibawah.


Nilai Pasaran Semasa Kereta
Sewaktu memperbaharui insurans kereta, nilai pasaran semasa kereta merupakan antara maklumat paling penting yang perlu diketahui. Nilainya tidak akan sama dengan apa yang anda bayar sewaktu anda membeli kereta tersebut, kerana ia akan susut setiap tahun. Salah satu cara terpantas untuk mengetahui nilai kereta anda ialah melalui laman web MyCarInfo. Portal percuma ini menyediakan khidmat untuk menyemak nilai pasaran semasa kereta, dan menerima contoh laporan. Jika anda ingin maklumat tambahan, harga laporan lengkap ialah RM6.36. Anda perlu mengetahui tahun pengeluaran kereta anda untuk dapatkan nilai pasaran yang paling tepat.

Seperti yang telah dinyatakan, nilai pasaran semasa ini tidak akan tepat, kerana setiap pembekal insurans dan institut kewangan memiliki formula pengiraan yang berbeza.Oleh itu, lakukan pemeriksaan sewaktu menentukan nilai pasaran kereta anda. Anggaran nilai pasaran kereta juga boleh diperoleh dari pembekal insurans kereta yang anda gunakana sekarang.

Dengan mengetahui nilai pasaran semasa kereta, anda boleh mengelakkan insiden terlebih, atau terkurang perlindungan insurans dari berlaku.

Periksa Nilai No Claim Discount (NCD)

NCD merupakan salah satu faktor penting apabila memperbaharui  insurans kereta. NCD melayakkan anda untuk mendapat diskaun sewaktu memperbaharui insurans, dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 12 bulan yang lepas. Sekiranya anda ada membuat tuntutan, kelayakan tersebut akan terlucut, dan anda tidak boleh menuntut diskaun.

Ini bukan bermakna anda tidak perlu membuat tuntutan insuran jika anda terlibat dalam kemalangan. Kelayakan tersebut hanya terlucut jika kemalangan tersebut berpunca dari anda. Jika anda terlibat dalam kemalangan, dan ia bukan berpunca dari perbuatan anda, kelayakan NCD tidak akan terlucut apabila anda lakukan tuntutan.

Kadar diskaun NCD telah ditetapkan berdasarkan Tarif Motor Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM):



Jika anda telah memperbaharui insurans tanpa mengambil kira diskaun NCD, anda boleh maklumkan ejen insurans atau pembekal untuk mohon diskaun NCD, dan memperoleh lebihan baki dari diskaun tersebut. Kebiasaannya anda akan terima  bayaran balik untuk diskaun NCD dalam bentuk cek.

Anda Boleh Menukar Pembekal Insurans
Akhir sekali, anda boleh menukar kepada syarikat pembekal insurans kereta yang lain selepas insurans semasa anda tamat tempoh. Anda tidak perlu tertakluk kepada pembekal insurans yang sama. Sebagai pengguna, anda memiliki pilihan dan kuasa untuk membuat keputusan. Dapatkan sebut harga dari syarikat pembekal insurans yang berbeza, dan bandingkan pelan  perlindungan yang ditawarkan. Kadang-kala, mengambil insurans kereta dari pembekal yang baru dapat menjimatkan wang, terutamanya dari pembekal yang menawarkan rebat.

lihat lagi sumbermalaysia.com