PENGIRAAN DAN BAYARAN SECARA ONLINE ZAKAT PENDAPATAN - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Khamis, 9 Ogos 2018

PENGIRAAN DAN BAYARAN SECARA ONLINE ZAKAT PENDAPATAN

Pengiraan dan bayaran secara online zakat pendapatan, adalah wajib bagi mereka untuk membayar zakat pendapatan bagi yang mampu. melalui sistem online PPZ MAIWP bayaran zakat menjadi amat mudah kepada orang ramai.


Jika dahulunya anda perlu ke kaunter zakat untuk membayar zakat pendapatan, tetapi pada hari ini bagi mereka yang wajib membayar zakat pendapatan boleh membayar zakat pendapatan secara online.

lihat juga : Permohonan online bagi bantuan zakat pelajar IPT (MAIDAM) bagi dalam dan luar negara 2018

Antara bayaran zakat secara online adalah:

Potongan gaji online

  • Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui potongan gaji di tempat anda bekerja.

Bayaran tunai online

  • Pembayaran zakat secara tunai boleh dilakukan menggunakan platform FPX kami


Kad kredit Islamik

  • Bayaran zakat boleh dibuat menggunakan kad kredit Islamik yang patuh shariah


Perbankan internet


  • Anda boleh menggunakan perkhidmatan perbankan Internet dari bank-bank di Malaysia Contoh: maybank2u, cimbclick dan lain-lain bank yang mempunyai perbankan internet

ZAKAT PENDAPATAN

Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.

Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion “makan gaji” sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.

Kewajiban zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

Dalam sebuah Hadis (yang bermaksud):Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:


Bagi anda yang ingin membuat pengiraan zakat pendapatan secara online, andan boleh membuat pengiraan Zakat pendapatan melalui link dibawah


Melalui pengiraan dalam sistem PPZ MAIWP ini, anda akan dapat melihat sama ada pendapatan anda layak untuk membayar zakat atau tidak.


Lihat lagi daripada sumbermalaysia.com

Dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui mypendidikanmalaysia.com