KAWASAN LARANGAN MEROKOK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERMULA TAHUN 2019 - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 14 November 2018

KAWASAN LARANGAN MEROKOK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERMULA TAHUN 2019

Kawasan larangan merokok oleh kementrian kesihatan Malaysia (KKM) bermula tahun 2019,
Seperti yang telah sedia maklum melalui media-media dan akhbar tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan berkenaan larangan merokok di restoran serta premis makanan dan juga tempat terbuka berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.


Bermula pada 1 Januari 2019, sekiranya orang awam atau perokok-perokok tidak mengendahkan atau mengingkari peraturan yang telah ditetapkan mereka boleh diambil tindakan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dibawah Akta Makanan 1983 (Akta 324) di mana boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.



23 Tempat Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan 23 kawasan sebagai tempat larangan merokok. Tempat yang diwartakan adalah seperti berikut:


  1. Dalam mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  2. Dalam mana-mana kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  3. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
  4. Dalam mana-mana kawasan premis kerajaan
  5. Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
  6. Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino
  7. Di dalam mana-mana kawasan hospital atau klinik
  8. Di dalam mana-mana lif atau tandas awam
  9. Di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin
  10. Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  11. Di dalam mana-mana tempat yang kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat
  12. Di dalam mana-mana bas sekolah
  13. Di dalam mana-mana lapangan terbang
  14. Di mana-mana kawasan kafe internet
  15. Di mana-mana kawasan tempat latihan khidmmat negara
  16. Di mana-mana kawasan perpustakaan
  17. Di mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman
  18. Di mana-mana kawasan di kompleks membeli-belah
  19. Di mana-mana kawasan stesen minyak
  20. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman
  21. Di mana-mana kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
  22. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  23. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan
Sumber daripada :KKM