Youth Enterprenuership Scheme Sabah (YESS) Bantuan Modal Kepada Usahawan Belia Sabah - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 3 Disember 2018

Youth Enterprenuership Scheme Sabah (YESS) Bantuan Modal Kepada Usahawan Belia Sabah

Bagi mengalakan belia-belia yang berasal daripada sabah untuk menceburi bidang perniagaan, kerajaan negeri sabah menerusi program YESS ada menyediakan bantuan modal untuk permulaan perniagaan.





Youth Entreprenuership Scheme Sabah (YESS) atau Skim Keusahawanan Belia Sabah adalah Dana Ehsan Kerajaan Negeri Sabah yang diperuntukkan di kalangan belia Sabah yang berumur 21 - 35 tahun untuk memulakan perniagaan atau penambahbaikan perniagaan yang sedia ada,di mana bagi INDIVIDU diberi Dana Khas maksimum RM2,000.00 dan Berkumpulan (2-5 orang) menerima RM5,000.00.

Kriteria kelayakkan :
  • Belia tempatan Negeri Sabah
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 21-35 tahun : (Belia berumur di bawah 21 tahun dan Belia yang melebihi umur 35-40 tahun boleh dipertimbangkan berdasarkan kesungguhan dan rancangan perniagaan (Business Modal) yang dikemukakan):
  • Mempunyai Lesen pernigaan
  • Mempunyai tempat/Lokasi perniagaan (jika berkenan)
  • Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan ; dan
  • Mempunyai rancangan perniagaan (Business Modal)
    
INFO LANJUT :

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH
TINGKAT 10, BLOK B, WISMA MUIS,
KARUNG BERKUNCI NO.2007, 88999, KOTA KINABALU
TELEFON: +6088287556 FAX: 088240533
EMEL: kbs@sabah.gov.my