SEMAKAN ONLINE SISTEM PERJALANAN IMIGRESEN (SSPI) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 2 Januari 2019

SEMAKAN ONLINE SISTEM PERJALANAN IMIGRESEN (SSPI)

Semakan Online Sistem Perjalanan Imigresen (SSPI), bagi anda yang ingin merancang untuk ke luar negara bagi tujuan bercuti atau atas urudan kerja. sudah semestinya anda perlu membuat semakan melalui sistem imigresen untuk memudahkan merancang perjalanan anda.


Ada beberapa sebab utama nama anda akan disenarai Hitamkan oleh Pihak Imigresen, dan sekali gus ini akan menghalang anda untuk keluar ke luar negara. antara sebab adalah disenarai hitam oleh pihak PTPTN, bankrupt dan lain-lain.

Sistem Aplikasi elektronik jabatan imigresen Malaysia ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan masyarakat untuk membuat semakan. jika dahulu, anda perlu ke mana-mana cawangan imigresen untuk membuat semakan status imigresen anda. tetapi sekarang ianya amat mudah, dan semakan boleh dibuat dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, melalui telepon Pintar anda.

Untuk membuat semakan Online anda perlu masuk ke pautan dibawah.

http://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm

Apabila anda telah masuk ke patutan tersebut, langkah seterusnya yang perlu anda buat adalah masukan Nombor kad pengenalan anda, perhatian: anda perlu memasukan 12 digit nombor kad pengenalan anda sahaja tanpa memasukan simbol "-"

Seterusnya anda perlu menekan "semak" , jika nama anda tiada mempunyai apa-apa masalah Keputusan Semakan: Tiada Halangan akan terpapar di Skreen anda.