MOHON DAN DAFTAR E-KASIH SECARA "ONLINE" JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 13 Ogos 2018

MOHON DAN DAFTAR E-KASIH SECARA "ONLINE" JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Mohon dan daftar e-kasih secara online, jabatan kebajikan masyarakat. sehingga sekarang orang yang yang ingin mendaftar dalam sistem online e-kasih adalah amat diperlawa. satu program yang ditubuhkan oleh kerajanaa bagi membantu membasmi kemiskinan di negara kita.


Merujuk daripada portal rasmi ekasih, ianya merupakan satu Bank Data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat kemiskinan daripada golongan masyarakat setempat yang berada di bumi Malaysia.

Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam eKasih adalah seperti berikut:
  • Semakan status kemiskinan secara online
  • Penyelarasan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan 
Siapa Yang Layak Mendaftar eKasih

Keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 (Bandar) dan RM1,000 (Luar Bandar) adalah digalakkan untuk mendaftar.

Individu yang ingin mendaftar boleh juga merujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).


Borang Daftar eKasih

1. Bagi mereka yang ingin mendaftar dalam sistem ekasih, anda boleh membuat pendaftaran melalui Pejabat Daerah yang berada di Daerah anda dan Juga Jabatan pembangunan persekutuan ataupun Pejabat pembangunan Negeri ( JPP/PPPN)

2. Boleh terus ke Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah anda untuk mendapat borang

3. Boleh terus memohon ke Ibu pejabat ICU JPM dengan menghubungi talian 1MOCC di talian : 03-8000 8000

Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.


Dapatkan info melalui sumbermalaysia.com