PANDUAN YANG BETUL BAGI MENDAFTAR PERNIAGAAN BAHARU DI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 15 Ogos 2018

PANDUAN YANG BETUL BAGI MENDAFTAR PERNIAGAAN BAHARU DI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Panduan yang betul bagi pendaftaran perniagaan baharu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 




Bagi mereka yang mempunyai perniagaan yang berdaftar, anda seharusnya harus mendaftarkan perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terhampir dengan kawasan perniagaan anda.

Berikut adalah Panduan mendaftar Perniagaan Baharu 

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan,
pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau
penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang
dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 (APP 1956).

bagi mereka yang mempunyai simpanan SSPN-i/SSPN-i Plus anak boleh membuat semakan penyata anak-anak anda disini.

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
seorang pemilik.
2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurang kurangnya
dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.

Prosedur AM bagi pendaftaran

1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama
‘Tred’.

a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan
tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Abu bin Amin, Jackson , Ragu A/L

b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu
mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi ramai, Lucky Catering, AGB Unggul Enterprise.

2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan
mengisi maklumat seperti berikut :

a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan
maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik
tunggal/rakan kongsi.

4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi
perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online
melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.

5. Dokumen yang perlu dilampirkan:

a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi
b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska
(Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej
Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan) isu pendidikan di Malaysia
c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya
diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan

Syarat yang perlu dipatuhi

1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Fi Pendaftaran

1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di
kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Panduan Am

1. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari
dari tarikh permulaan perniagaan

2. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1)
tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

3. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang,
tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman
awam atau prinsip moral.

4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu
(1) jam dari waktu pembayaran dibuat.

5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan
perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta
Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan
denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit
atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang
berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun
pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

Lihat juga daripada sumbermalaysia.com