Kalendar Islam / Kalendar Hijrah Bagi Tahun 2019 di Malaysia - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Selasa, 23 Oktober 2018

Kalendar Islam / Kalendar Hijrah Bagi Tahun 2019 di Malaysia

Kalendar Islam / Kalendar Hijrah Tahun 2019 Bagi Malaysia. Kalender Islam atau Kalender Hijrah adalah takwim yang diguna pakai oleh kebanyakan umat Islam di negara-negara Islam seluruh dunia. Kalendar ini  digunakan untuk menentukan hari kebesaran Islam yang berkaitan dengan ibadah, atau hari-hari penting lainnya.


Ia juga disebut sebagai Kalender Hijriah, ekoran terjadinya peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Kalendar Islam / Hijriah adalah takwim qamari(lunar) berdasarkan fasa bulan dimana satu tahun Hijriah bersamaan 354 atau 355 hari sahaja. Kalendar Hijriah mempunyai 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijah.

Bagi Malaysia yang juga menggunakan Kalendar Hijrah sebagai rujukan dalam menentukan hari-hari kebesaran Islam, ibadah dan keperluan lain. Di sini akan dikongsikan tarikh-tarikh penting dan takwim kalendar Islam  bagi tahun 1440-1441H atau tahun 2019 Masihi yang diperolehi dari JAKIM.


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2019/1440-1441H Bagi Malaysia


Takwim 2019 Miladiah/ 1440-1441 Hijriah Bagi Malaysia


Untuk muat turun takwim dan tarikh-tarikh penting Kalendar Islam dalam bentuk PDF Di SINI.
Semoga perkongsian tentang Kalendar Islam Tahun 2019 ini akan memberi manfaat dan panduan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.