SEMAKAN ONLINE STATUS PERMOHONAN MYKID - JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 31 Oktober 2018

SEMAKAN ONLINE STATUS PERMOHONAN MYKID - JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)

Semakan online status permohonan MyKid, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang telah didaftarkan kelahirannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) anda boleh membuat semakan melalui Online apada bila-bila masa.


Jika dahulunya, kita harus berulang-alik ke pejabat pendafataran negara (JPN) untuk membuat semakan apa-apa transaksi berkenaan dengan kad pengenalan, tetapi sehingga kini, JPN telah memajukan portalnya untuk kemudahan rakyat Malaysia bagi membuat semakan apa-apa transaksi yang penting.

Lihat Juga:

Kalender Hijrah bagi tahun 2019 di Malaysia
Pendaftaran perkhawinan melalui JPN
Permohonan online kerja di sektor Awam

Cara-Cara dan panduan untuk membuat semakan Permohonan MyKid

Langkah pertama- sila akses ke https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/

Skrin utama sistem semakan status permohonan MyKid akan dipaparkan apabila pengguna berjaya mengakses sistem.



Langkah kedua- Pengguna dikehendaki mengisi maklumat di ruang berikut:

  • No. Mykid (contoh : 000908120987)
  • Captcha: untuk makluman Captcha digunakan untuk memastikan maklumat diisi oleh manusia dan bukannya perisian automatik atau komputer bot.
Langkah ketiga- Klik butang semak untuk teruskan

Langkah keempat- Jika hendak kosongkan ruangan yang telah diisikan, Klik butang "kosongkan"

Langkah kelima- Seterusnya status permohonan akan dipaparkan



Langkah Keenam- Pengguna telah berjaya menggunakan sistem, boleh kembali untuk membuat semakan yang lain atau Klik portal JPN untuk kembali  ke muka utama portal.