PENDAFTARAN PERKHAWINAN MELALUI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(JPN) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Selasa, 18 September 2018

PENDAFTARAN PERKHAWINAN MELALUI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(JPN)

Pendaftaran perkhawinan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pendaftaran perkhawinan adalah wajib kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.


Mungkin anda kini telah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan anda, dan anda tidak pasti bagaimanakah prosedur yang patut di patuhi untuk membuat pendaftaran perkhawinan anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). untuk pengetahuan, Pendaftaran perkhawinan mempunyai prosedur yang berbeza mengikut seperti dibawah:

Pendaftaran perkhawinan bagi pemohon bukan agama Islam

1.    Pendaftaran perkahwinan adalah WAJIB bagi semua warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.

2.    Warganegara asing yang bukan beragama Islam dan tinggal di Malaysia boleh memohon untuk mendaftar perkahwinan di bawah akta ini.

3. Tempat pengupacaraan perkahwinan

a. Warganegara Malaysia

i. Jabatan Pendaftaran Negara
ii. Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara
iii.Gereja / Kuil / Persatuan

b. Pemegang MyPR / Pemegang MyKAS dengan Warganegara Malaysia / Pemegang MyPR/Pemegang MyKAS / Warganegara Asing

i. Jabatan Pendaftaran Negara

c. Warganegara Malaysia dengan Warganegara Asing

i. Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara
ii.Jabatan Pendaftaran Negara


d. Warganegara Asing

i.Jabatan Pendaftaran Negara

Syarat Permohonan

1. Pemohon dikehendaki  hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara untuk mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan.

2. Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam MyKad atau alamat tempat tinggal  di Malaysia (warganegara asing). Syarat ini tidak terpakai bagi permohonan pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan di gereja, kuil dan persatuan.

3. Pemohon hendaklah bermastautin 7 hari + 1 hari di daerah perkahwinan sebelum mengemukakan borang permohonan pendaftaran perkahwinan di pejabat JPN yang berkenaan. Syarat ini tidak terpakai bagi permohonan pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan di gereja, kuil dan persatuan.

4. Bagi permohonan pendaftaran perkahwinan di mana salah satu pihak atau kedua-duanya adalah warganegara  asing, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat JPN. Pendaftaran perkahwinan melibatkan warganegara asing hanya dibenarkan di pejabat JPN sahaja.

5. Pendaftaran perkahwinan akan dilaksanakan selepas 21 hari + 1 hari dan tidak lebih daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima. Manakala bagi pemohon yang mengemukakan borang permohonan pendaftaran perkahwinan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara , permohonan akan dihantar ke pejabat JPN di mana tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan itu telah tinggal akhir sekali untuk dipamerkan sekurang-kurangnya 21 hari + 1 hari.

6. Pemohon polis / tentera WAJIB mengemukakan Surat Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan oleh ketua pejabat / markas berkenaan (letterhead Jabatan)

7. Jika berkaitan, lesen seperti dinyatakan di bawah perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan kecuali permohonan lesen di bawah JPN.KC01E perlu dikemukakan selepas permohonan pendaftaran perkahwinan dibuat di JPN.

a. JPN.KC01A

Permohonan Lesen Bagi Pihak-Pihak yang mempunyai Talian Persaudaraan Yang Dilarang di bawah Seksyen 11 Akta 164 bagi seseorang Hindu di bawah Undang-undang atau adat Hindu (Tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri / Menteri Besar) /
RM2.00 sekiranya diluluskan

b. JPN.KC01B (Persetujuan Bapa)

Persetujuan Perkahwinan Bagi Seseorang Yang telah Genap 18 tahun Tetapi Belum Genap 21 Tahun (Memerlukan kebenaran orang seperti yang disenaraikan di Seksyen 12 Akta 164) /
Tiada bayaran dikenakan

c. JPN.KC01C (tanpa perlu menunggu 21 hari)

Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan di bawah Seksyen 21(1) Akta 164 (Tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri / Menteri Besar). /
RM100.00 sekiranya diluluskan
Tempoh Sah Laku Lesen – 1 bulan dari tarikh kelulusan

d. JPN.KC01D

Permohonan Lesen Bagi Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun di bawah Seksyen 21(2) Akta 164 (Tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri / Menteri Besar). /
RM10.00 sekiranya diluluskan
Tempoh Sah Laku Lesen – 1 bulan dari tarikh kelulusan

e. JPN.KC01E (Perkahwinan Luar Pejabat)

Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar di bawah Seksyen 21(3) Akta 164 (Tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri / Menteri Besar). /
RM500.00 sekiranya diluluskan.
Tempoh Sah Laku Lesen – 1 bulan dari tarikh kelulusan

8. Warganegara asing perlu mengemukakan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Kerajaan pemohon warganegara asing. Affidavit/Notary Certificates/Apostille/Akuan Berkanun tidak diterima.

9. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan daripada Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia.

10. Surat Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan Dengan Warganegara Asing daripada Jabatan Imigresen Putrajaya/Sabah/Sarawak/Labuan sekiranya diperlukan. Warganegara asing yang memegang pas pelajar WAJIB mendapat surat pengesahan pas ini.

11. Warganegara Myanmar perlu mengemukakan surat kebenaran untuk berkahwin di Malaysia daripada Kerajaannya.

12. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam  dari Kerajaannya (Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh atau negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan).

13. Bagi pemohonan pendaftaran perkahwinan di JPN Negeri atau Daerah selain JPN Putrajaya, pemohon WAJIB mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) melalui kaunter di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya atau melalui pos (Sabah, Sarawak dan Labuan) yang perlu dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Bahagian Perkahwinan dan Perceraian
No. 20, Persiaran Perdana, Presint 2
62551 PUTRAJAYA

(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).

14. Semasa pendaftaran perkahwinan, jika pemohon tidak memahami Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyediakan perkhidmatan jurubahasa.Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).

15. Jika kedua-dua pasangan warganegara Malaysia yang ingin mendaftarkan perkahwinan mengikut adat atau ugama di gereja, kuil atau persatuan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara, mereka perlu hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan pengesahan semakan maklumat perkahwinan di dalam borang permohonan serta bayaran Daftar Perkahwinan berjumlah RM20.00.

Dokoment yang perlu disediakan

1. Borang JPN.KC02 yang dilengkapkan.

2. Satu(1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.

3. Warganegara Malaysia / PEMEGANG MyPR/MyKAS

3.1  MyKad, MyPR atau MyKAS Malaysia (masih sahlaku) yang ASAL.

3.2  Surat Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan oleh ketua pejabat / markas berkenaan untuk anggota polis dan tentera dengan letterhead Jabatan.

3.3  Akuan Berkanun sekiranya berkaitan.

4. Warganegara Asing

Lihat Juga:


Bagi pemohonan pendaftaran perkahwinan di JPN Negeri atau JPN Daerah selain JPN Putrajaya, pemohon WAJIB mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya atau melalui pos (bagi Sabah / Sarawak / Labuan) yang perlu dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
(Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
No. 20, Persiaran Perdana, Presint 2
62551 PUTRAJAYA

(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan untuk mendapatkan Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) adalah seperti berikut:

4.1 Surat permohonan yang menyatakan tujuan permohonan (permohonan melalui pos bagi Sabah/Sarawak/ Labuan)

4.2 Pasport ASAL dan salinan fotostat dalam mukasurat yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia dan visa / pas yang sahlaku bagi warganegara asing. SPECIAL PASS TIDAK DITERIMA.

4.3 Surat Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan Dengan Warganegara Asing daripada Jabatan Imigresen Putrajaya/Sabah/Sarawak/ Labuan (ASAL dan salinan fotostat) sekiranya perlu. Pemegang pas pelajar warga asing WAJIB mendapat surat pengesahan pas ini (ASAL dan salinan fotostat)

4.4 Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Kerajaan pemohon warganegara asing (ASAL dan salinan fotostat) .

4.4.1.   disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon atau kedutaan negara pemohon di Malaysia.

Dan

4.4.2.   disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.

4.4.3.   Bagi Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan warganegara asing yang tidak mempunyai tempoh sahlaku akan disifatkan sebagai sah untuk 6 bulan dari tarikh surat tersebut dikeluarkan.

4.4.4   Affidavit/Notary Certificates/Apostille/Akuan Berkanun tidak diterima.

4.5 Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan daripada Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia (ASAL dan salinan fotostat).

4.6 Surat Kebenaran warganegara Myanmar untuk berkahwin di Malaysia daripada kerajaannya Myanmar  (ASAL dan salinan fotostat).

4.7  Surat Pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam  dari Kerajaannya (Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh atau negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan). (ASAL dan salinan fotostat)

4.8 Sijil lahir bagi warganegara asing (ASAL dan salinan fotostat)

4.9 Dekri nisi mutlak (sijil perceraian) (ASAL dan salinan fotostat), jika berkaitan.

4.10 Sijil / Daftar Kematian suami atau isteri (ASAL dan salinan fotostat), jika berkaitan.

5. Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) dikeluarkan JPN Putrajaya

6. Semua dokumen di atas, jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan Salinan Asal bersama permohonan. Dokumen terjemahan Asal dan salinan fotostat hendaklah mengandungi maklumat nama, tandatangan,jawatan dan maklumat untuk dihubungi dan tarikh terjemahan dilakukan. Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).

7. Bagi pemohon yang tidak memahami Bahasa Malaysia, akuan di Bahagian D1 atau D2 di dalam Borang JPN.KC02 perlu diterjemahkan ke dalam bahasa yang difahaminya oleh jurubahasa bertauliah.

Bayaran

1. RM10.00 bagi bayaran Perakuan Perkahwinan.
2. RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan.

Senarai Semak

-SENARAI SEMAK PERMOHONAN KEPUTUSAN SEMAKAN SURAT AKUAN BUJANG LUAR NEGARA (SURAT KEBENARAN BERKAHWIN) DI JPN PUTRAJAYA
-SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Pasangan pengantin bersama 2 orang saksi yang boleh dipercayai dan berumur 21 tahun ke atas WAJIB:

1.Membawa MyKad ASAL (warganegara Malaysia) / Pasport  ASAL (Warganegara Asing);

2.Berpakaian sopan dan kemas (Baju T tanpa berkolar / Jeans / Selipar / Seluar Pendek adalah TIDAK DIBENARKAN).

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPN.KC02-Borang Permohonan, Pemberitahuan Perkahwinan&Akuan Berkanun@Bertulis_contoh