BANTUAN DAN PERMOHONAN PROGRAM ASB-SEJAHTERA - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 5 September 2018

BANTUAN DAN PERMOHONAN PROGRAM ASB-SEJAHTERA

Bantuan dan permohonan program ASB-Sejahtera di bawah kementerian Luar bandar adalah untuk membantu golongan miskin tegar daripada luar bandar.


Ramai tidak tahu, dimana program ini telah dilancarkan telah lama dulu bertujuan untuk memberikan bantuan yang khusus kepada masyarakat khasnya daripada luar bandar.

Tujuan

Program ini menyediakan bantuan kewangan secara geran bagi perolehan saham ASB oleh peserta. Matlamat program ialah untuk memberi tambahan pendapatan kepada golongan miskin tegar di luar bandar.

Kumpulan Sasar

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang produktif dan berdaftar di bawah Sistem e-Kasih atau Sistem SPKR
  2. Ibu Tunggal yang mempunyai ramai tanggungan dan berdaftar di bawah Sistem SPKR
  3. Tidak menerima bantuan di bawah program ASB-PPRT atau sebarang bantuan amanah saham daripada mana-mana agensi
  4. Mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM 1,000.

Komponen dan Kadar Bantuan

Peserta akan disediakan peruntukan kewangan sebanyak RM5,000 untuk dilaburkan bagi perolehan saham ASB. Peserta hanya akan menerima dividen tahunan sahaja tanpa mempunyai sebarang hak ke atas dana tersebut yang masih kekal menjadi hak milik Kerajaan.

Kaedah Pelaksanaan

Melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
  • Amanah Raya Berhad (selaku pemegang amanah) dan Amanah Saham Nasional Berhad
  • Hanya menerima dividen tahunan hasil pelaburan pokok dalam ASB
  • Pelaburan pokok ASB (RM 5, 000 seorang) kekal menjadi hak milik Kerajaan
  • Para peserta dikenalpasti melalui Sistem e-Kasih atau Sistem Maklumat 
KIR Miskin Tegar – Sistem SPKR dan perlu menepati syarat tersebut:
  • Golongan miskin tegar
  • Belum pernah mendapat ASB-PPRT atau bantuan sara hidup lain
  • Mendapat sokongan Pejabat Daerah dan pemimpin tempatan.
Lihat Juga: