PANDUAN BAGI GANTIAN KAD PENGENALAN YANG HILANG DI JPN - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Ahad, 13 Januari 2019

PANDUAN BAGI GANTIAN KAD PENGENALAN YANG HILANG DI JPN

Panduan bagi gantian kad pengenalan yang hiloang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Artikel ini dikongsi kepada umum bagi memberikan panduan kapada masyarat di Malaysia.



kehilangan kad pengenalan di sebabkan oleh kecuaian ataupun kes jenayah adalah perkara yang tidak dapat dielakan oleh sesiapa saja.

Berikut adalah panduan yang lengkap untuk memberikan infomasi yang berguna kepada anda sebelum membuat urusan di JPN bagi mengantikan Kad Pengenalan anda yang telah Hilang.

PENJELASAN PEMOHON

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

SYARAT PEMOHON

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara

PROSEDUR PEMOHONAN

1.   Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
2.  Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah ataupun akibat kecuaian. Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang

DOKUMEN SOKONGAN (ASAL DAN SALINAN)

1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Makluman: Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

Warganegara. 
Bayaran Hilang bagi MyKad atau MyTentera Sahaja.
Jadual Pembayaran 4A



Bukan Warganegara.
Bayaran Hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.
Jadual Pembayaran 4B


Perhatian: Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.