SENARAI PEKERJAAN YANG BERGAJI LUMAYAN TANPA MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Isnin, 15 Julai 2019

SENARAI PEKERJAAN YANG BERGAJI LUMAYAN TANPA MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH

Senarai pekerjaan yang bergaji lumayan tanpa mempunyai kelulusan Ijazah, di Malaysia khususnya untuk bekerja di mana-mana sektor sama ada sektor kerajaan ataupun swasta, kelulusan minima yang anda perlu ada adalah sekurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). namun selain daripada kelulusan tersebut, pelajar juga perlu seorang yang aktif dalam korikulum dan apa-apa aktiviti sekolah. ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan pekerjaan dan juga salah satu syarat untuk melanjutkan pengajian ke univeristi awam, kolej dan mana-mana Institut Pengajian Tinggi ( IPT) awam ataupun Swasta.


Orang kata"jika rezeki anda akan berjaya" namun, usaha kena ada untuk menjadi seorang yang berjaya. dan siapa kata jika kita tidak mempunyai kelulusan yang baik, kita tidak akan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan. Di sini adalah adalah pendedahan bagi bidang dan juga senarai pekerjaan yang menjanjikan gaji atau pendapatan yang amat lumayan dan besar. kemungkinan jika kita bekerja di bidang ini. Gaji kita adalah lebih besar daripada mereka-mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah.

Berikut adalah kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Juruterbang


Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan


Juga dikenali sebagai ‘Wealth Advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran


Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

Lihat Juga : cara memohon kerja sektor kerajaan melalui SPA8i

4. Agen Hartanah


Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia
Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector



6. Welding QC coordinator


7. Plant Inspector


8. Offshore Inspection


9. Non-destructive Testing

10.Plastics Welders

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)


Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer



Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar).

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak


Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

14.Wireman


Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman


Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer


RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barat dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS


Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.


Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.