PERMOHONAN DAN SYARAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN KERAJAAN BAGI LEPASAN SPM(SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Rabu, 20 Februari 2019

PERMOHONAN DAN SYARAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN KERAJAAN BAGI LEPASAN SPM(SIJIL PELAJARAN MALAYSIA)

Permohonan dan Syarat latihan separa perubatan kerajaan bagi lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui portal SPAi8 memperlawa bagi lepasan SPM untuk membuat permohonan Online untuk kemasukan ke Latihan Separa Perubatan.


Bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat perubatan atau ingin bekerja di Hospital Kerajaan, anda perlu membuat permohonan kemasukan melalui SPAi8. dan sebelum anda menjadi seornag Nurse/Jururawat Kerajaan anda perlu melalui latihan separa perubatan di Kolej-Kolej atau Institut latihan kerajaan. Latihan separa perubatan ini terbahagi kepada 2, iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Latihan Separa Perubatan Berataf Sijil

 LATIHAN SEPARA PERUBATAN
  • Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Baca Juga:


NAMA JAWATAN

Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Latihan Jururawat
Latihan Juruterapi Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
NAMA JAWATAN MAKLUMAT JAWATAN

Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Alamat Surat Menyurat:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000

Pertanyaan Melalui E-mel