SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MURID PELAJAR -SPAD (TAKAFUL MALAYSIA) - sumbermalaysia

SUMBER TERKINI

Post Top Ad

Khamis, 30 Ogos 2018

SKIM PERLINDUNGAN INSURANS MURID PELAJAR -SPAD (TAKAFUL MALAYSIA)

Skim perlindungan murid pelajar (SPAD)- dibawah perlindungan TAKAFUL Malaysia. Kerajaan telah memperkenalkan Skim perlindungan insurans murid murid  sekolah berkuatkuasa pada 2 Januari 2013, ini adalah bertujuan membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.


Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak. Antara bentuk perlindungan insurans yang diberikan adalah yang melibatkan kematian
akibat kemalangan (RM100,000), hilang keupayaan kekal (sehingga RM 100,000), bayaran perubatan sehingga RM3,000, manfaat hospital (RM100 sehari sehingga 30 hari) dan khairat kematian (RM2,500). Skim perlindungan ini juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan oleh pihak sekolah.

Sekiranya kemalangan berlaku, berikut adalah perkara-perkara yang perlu ibubapa,

Pelajar dan waris perlu lakukan:

1. Apabila berlaku kemalangan, waris atau murid-murid atau operator bas boleh
memberi makluman awal melalui telefon, hotline, email, atau surat kepada
S.P.A.D./LPKP dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB).
2. Borang Tuntutan boleh didapatkan dari pejabat atau laman sesawang S.P.A.D dan Syarikat Takaful Malaysia www.takaful-malaysia.com.my. Borang tuntutan boleh diperolehi di pejabat S.P.A.D., pejabat Pelajaran Daerah dan pejabat STMB yang terdekat.
3. IbuBapa / Pelajar/ Penjaga mesti melengkapkan maklumat pada borang tuntutan, Lampiran A dan menyertakan segala dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang diminta dengan merujuk kepada Ruangan : JENIS TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN.
4. Borang Kredit Terus mesti dilengkapkan untuk kes tuntutan bagi Manfaat Hospital dan Khairat Kematian.
5. Borang dan dokumen tuntutan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada Guru HEM/Guru Besar sekolah untuk tujuan pengesahan murid-murid tersebut disahkan berdaftar di sekolah berkaitan.
6. Pelajar atau waris boleh terus menghantar kepada Jabatan Perniagaan Korporat di Ibu Pejabat atau melalui cawangan-cawangan Takaful Malaysia (TMCC –Takaful myCare Centre) yang berhampiran. Kecuali negeri Perlis boleh terus ke TMCC Alor Setar atau berhampiran dengannya.
7. Pihak STMB akan melakukan saringan pengesahan bagi tuntutan yang dituntut oleh murid/waris.
8. Pihak STMB akan menyerahkan borang tuntutan kepada pihak S.P.A.D./LPKP perlu mengesahkan bahawa bas sekolah yang terlibat dalam kemalangan merupakan bas sekolah berlesen dengan S.P.A.D. ataupun LPKP.
9. Pihak STMB akan membuat keputusan dan pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh penyerahan dokumen lengkap.

Lihat juga:


BORANG DAN DOKUMEN TUNTUTAN

1. Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan

• Borang Tuntutan yang diisi lengkap
• Laporan Polis
• Sijil Kematian
• Lampiran A
• Borang Kredit Terus

2. Tuntutan Lumpuh Berkekalan/Terpisah atau Hilang Anggota Badan

• Borang Tuntutan yang diisi lengkap
• Laporan Pengesahan Doktor mengenai keadaan pesakit
• Laporan Polis
• Lampiran A
• Borang Kredit Terus

3. Tuntutan Perbelanjaan Perubatan

• Borang Tuntutan yang diisi lengkap & bukti pembayaran yang asal
• Laporan Perubatan mengenai keadaan pesakit
• Laporan Polis
• Lampiran A
• Borang Kredit Terus

4. Tuntutan Manfaat Hospital

• Borang Tuntutan yang diisi lengkap & bukti pembayaran.
• Laporan Perubatan mengenai keadaan pesakit (jika ada)
• “Ward Chit”/Pengesahan Rawatan
• Lampiran A
• Borang Kredit Terus

5. Khairat Kematian

• Borang Tuntutan yang diisi lengkap
• Sijil Kematian yang disahkan
• Lampiran A
• Borang Kredit Terus

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. anda boleh email terus ke
E-mel : csu@takaful-malaysia.com.my